Selamat Datang ke Laman PROSPEN (Program Sokongan Pensarjanaan Pensyarah) IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg. Petani Kedah. Laman ini dibangunkan bagi memenuhi aspirasi kita bersama iaitu untuk merealisasikan sasaran 30% dalam kalangan pensyarah terdiri daripada pemegang Ph.D dan 100% pensyarah yang memiliki Ijazah Sarjana. Diharapkan dengan lahirnya laman PROSPEN mampu berperanan sebagai medium perkongsian ilmu, bertukar-tukar idea, dapatan dan sebagainya dan akhirnya berjaya menjadi pencetus semangat dan inspirasi "KESARJANAAN". Di samping itu, ianya juga boleh dijadi medium untuk merungkai kerumitan yang dihadapi dalam menghadapi liku-liku perjuangan, suka duka dan cabaran yang dihadapi dalam usaha mengejar segulung ijazah yang didam-idamkan. Selamat berdiskusi dan SELAMAT MAJU JAYA.
Dr. RIDZUAN BIN AHMAD
Penyelaras