Pencetus Tranformasi Kesarjanaan Pensyarah

MAJLIS AKADEMIA & PROSPEN

1. Latar Belakang

PROSPEN merupakan program sokongan yang diwujudkan di IPG seluruh negara bagi membantu menjayakan visi dan misi IPG KPM ke arah merealisasikan   kecemerlangan Pendidikan Guru bertaraf dunia. Terdapat tiga fokus utama iaitu;

i. Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran,

ii. Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi, dan

iii. Kecemerlangan pembelajaran sepanjang hayat. 

2. Visi : IPG sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan guru melalui Pelan Strategik dan The New IPG (2011-2015);

3. Matlamat : Mensasarkan peningkatan bilangan pensyarah memiliki ijazah lanjutan iaitu ;

            - 33% pensyarah IPGM memiliki ijazah kedoktoran menjelang 2020

            - 100% pensyarah memiliki ijazah sarjana menjelang 2018

4. Objektif;

 4.1 Memperluas perkongsian idea, maklumat dan pengalaman melalui jaringan kerjasama dengan pihak berkepentingan bagi meningkatkan kompetensi pensyarah berkaitan penyelidikan dan penghasilan karya-karya berkualiti.

4.2 Membina jaringan kolaboratif antara Majlis Akademia IPGKSAH dengan  pensyarah pakar di IPGK Zon Utara serta institusi-institusi pendidikan dalam dan luar negara untuk meningkatkan  kompetensi pensyarah dan penarafan IPGK.

 4.3 Membudayakan amalan penyelidikan dalam urus tadbir di IPGKSAH untuk  peningkatan kualiti ekosistem akademik (kualiti program, kursus dan aktiviti-aktiviti akademik).

4.4 Melonjakkan aktiviti kepakaran para pensyarah melalui penawaran kursus-kursus  yang berimpak tinggi dan kontemporari kepada pelanggan organisasi       (Bahagian-Bahagian di KPM, PPD dan sekolah).

4.5 Memberikan khidmat latihan dan konsultasi kepada pelanggan organisasi dalam pembangunan dan penghasilan penyelidikan berimpak tinggi.

4.6 Memberikan khidmat latihan dan konsultasi kepada pensyarah dan pelanggan organisasi dalam amalan pedagogi terbaik.

4.7 Merancang dan menerbitkan bahan-bahan penulisan Majlis Akademia.

© 2015 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode