Pencetus Tranformasi Kesarjanaan Pensyarah

Proposal

Langkah pertama dalam menulis sesebuah kajian ilmiah ialah menyediakan draf cadangan kajian, iaitu ringkasan atau sebuah dokumen yang ditulis secara sistematik, yang melakarkan kajian yang akan anda lakukan. Sebuah cadangan kajian yang lengkap, pada amnya, mengandungi masalah kajian, persoalan kajian, tinjauan literatur, metodologi kajian dan senarai rujukan.

    Bab Satu: Masalah Kajian menyatakan masalah yang ingin dikaji, termasuk tujuan, soalan kajian dan kepentingan kajian.

    (a) Pengenalan

    (b) Latar Belakang/Masalah Kajian

    (c) Pernyataan Masalah

    (d) Kerangka Konsep/ Teoritical Framework

    (e) Objektif dan Soalan Kajian 

    (f) Kepentingan Kajian

    (g) Batasan Kajian

    (h) Penerangan Terminologi (istilah)

    (i) Rumusan                                                                                                                            

 

Bab Dua:  Tinjauan Literatur memaparkan literatur berkaitan dan kajian berkaitan dengan menjelaskan secara terperinci tentang reka bentuk kajian

  termasuk pemilihan sampel dan cara data dikutip dan dianalisis.

            (a) Pengenalan

            (b) Literatur Berkaitan

            (c) Kajian Berkaitan

            (d) Rumusan

 

Bab Tiga : Metodologi Kajian

(a) Pengenalan Di sini dinyatakan sekali lagi tujuan kajian anda.

(b) Reka Bentuk Kajian Di sini anda perlu nyatakan jenis kajian anda, sama ada ia menggunakan kaedah kuantitatif atau kaedah kualitatif dan     berikan juga justifikasi pilihan anda

(c) Populasi dan Sampel Dalam bahagian ini, anda akan menyatakan populasi yang dirangkumi kajian anda dan teknik memilih respoden kajian  daripada populasi yang ditetapkan. Saiz dan lokasi polulasi dan sampel perlu diterangkan dengan jelas.

(d) Alat Kajian Alat kajian ialah alat yang digunakan untuk mengukur variabel kajian anda.

            (e) Teknik Pengutipan Data

            (f) Kaedah Analisis Data

            (g) Rumusan

 

Sumber: Modul OUM HBEF 2503

© 2015 All rights reserved.

Create a website for freeWebnode